Edisi Filem Masked_Rider_Kiva

Detektif Klimaks

Filem ini ditanyangkan sempena Pesta Musim Luruh Kamen Rider 2008 di Jepun. Filem ini asalnya adalah sinambungan dari siri drama Tokusatsu Kamen Rider Den-O. Dinamakan sebagai "Kamen Rider Den-O dan Kiva Edisi Filem: Detektif Klimaks" (劇場版 仮面ライダー電王&キバ クライマックス刑事(デカ), Gekijōban Kamen Raidā Den'ō ando Kiba Kuraimakkusu Deka), filem ini telah ditayang di pawagam pada 12 April 2008. Filem ini mengisahkan pertemuan watak-watak dari drama Kamen Rider Den-O dan drama Kamen Rider Kiva. Matlamat mereka adalah untuk menewaskan pakatan Negataros dengan beberapa puak Fangire untuk mencipta dunia baru untuk Imagine. Satu filem pendek berjudul "Momotaros Punya Kiva Bertindak" (モモタロスのキバっていくぜ!, Momotarosu no Kiba tte Ikuze!) juga ditayangkan bersama. Syarikat Toei telah menerbitkan semula filem ini dalam bentuk DVD pada hujung bulan Ogos 2008.

Raja Istana Dalam Dunia Syaitan

Kamen Rider Kiva: King of the Castle in the Demon World (劇場版 仮面ライダーキバ 魔界城の王, Gekijōban Kamen Raidā Kiba Makaijō no Ō) (terjemahan bagi judul yang tertera pada tajuk) ditayang di pawagan di Jepun pada 9 Ogos 2008. Dua Kamen Rider baru diperkenalkan melalui filen ini, iaitu Kamen Rider Rey (仮面ライダーレイ, Kamen Raidā Rei) dan Kamen Rider Arc (仮面ライダーアーク, Kamen Raidā Āku). Rey adalah seorang pemburu raksasa yang dikenali sebagai Takato Shiramine (白峰 天斗, Shiramine Takato) - dilakonkan oleh Syouma Yamamoto (山本 匠馬, Yamamoto Shōma). Rey berpasangan dengan Rey Kivat atau Yukivat (レイキバット(ユキバット), Reikibatto (Yukibatto). Manakala Arc pula Kamen Rider yang jahat yang dikenali sebagai Takashi Sugimura (杉村 隆, Sugimura Takashi) dilakonkan oleh Ken Horiuchi. Selain itu, empat drama pendek bersiri berjudul "Momotaros Punya Raja Istana Merah Membara" (モモタロスのまっかっか城の王, Momotarosu no Makkakka-jō no Ō) juga diterbitkan sebagai promosi filem ini.